Tuesday, 1 May 2012

PIAGAM PELANGGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN JOHOR BAHRU TIMUR


KAMI BERJANJI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG PROFESIONAL SERTA BEKALAN YANG BERKUALITI BAGI PERKHIDMATAN DAN BEKALAN SEPERTI BERIKUT:-
(a)         Barang Bekalan Ladang
Pesanan-pesanan barang bekalan ladang yang ada di dalam stok akan dibekalkan tidak lewat daripada 24 jam.
Pesanan –pesanan barang bekalan ladang yang tidak ada dalam stok yang berada dalam pasaran di Malaysia akan dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu.
(b)        Penawaran Kredit.
Permohonan-permohonan kredit bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi skim berkenaan akan mendapat keputusan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan.
(c)        Skim Simpanan Kredit
Simpanan-simpanan ahli akan dibayar laba asas tahunan pada kadar keuntungan skim tersebut setelah ditolak kos pentadbirannya.
(d)       Khidmat Pengangkutan
Pesanan-pesanan perkhidmatan pengangkutan yang dipersetujui untuk dibekalkan akan dibekalkan sebagaimana dijadualkan.
(e)       Pelaburan Ekuti Ahli
Pelaburan-pelaburan oleh ahli akan dibayar dividen tahunan pada kadar berdasarkan keuntungan skim berkenaan setelah ditolak kos pentadbiran dan peruntukan rizab ditetapkan.
(f)        Projek Kemasyarakatan
Projek-projek kemasyarakatan dan kebajikan untuk kepentingan ahli-ahli layak mendapatkan sumbangan kewangan daripada PPK melalui dana berkenaan.
(g)        Hak Dan Keistimewaan Ahli
Ahli-ahli yang telah membayar bayaran masuk dan harga satu saham Pertubuhan Peladang ini, akan berpeluang menjalankan hak-hak dan keistimewaan yang ditetapkan di bawah Perkara 14 Perlembagaan Pertubuhan Peladang ini.
(h)       Kerja Kontrak.
Perkhidmatan-perkhidmatan dan pembekalan-pembekalan yang dikontrakkan kepada kami akan disempurnakan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan dalam kontrak.
(i)        Kuanter Perkhidmatan
Pelanggan-pelanggan akan mendapat khidmatan pertanyaan dalam tempoh tidak melebihi 15 minit.
(j)        Permohonan Ahli Baru.
Permohonan yang lengkap dan mengikut syarat sebagaimana perkara 10,11 dan 12 Perlembagaan Pertubuhan Peladang ini akan diproses dan diberitahu dalam tempoh satu (1) bulan.




No comments:

Post a Comment